|
sweet owner Hello fellas, my name is Alia Wasyifa, the owner of this wonderful site. No copycats, anons or spammers allowed! be nice here *wink wink. - smile always~ peace yaw! Ehem..Ehem.. Credits!
| The Pleasure l Separation l Coupling
"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh! Terbaiklah bro! Alhamdulillah. 'Ana mmg sokong dgn lelaki yg bersikap begini.
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang terlalu disayanginya dengan cara yang salah.
Yup! Thats it. Memilih untuk kerana Allah adalah keputusan yang sangat dan tersangatlah bijak wahai saudari dan saudara sekalian. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. The best people is who are willing to accept criticism from the faith. Ya, menerima teguran daripada iman itu adalah org yang sangat terbaik. Allahurabbi.
So...
Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati tu, before the lust (nafsu) took over it.
Indeed, its the best. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya.
Bercintalah. Siapa pun tidak melarang malah Allah sendiri. Tapi!
Buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'.
Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod
berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan,
membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama,
and many more that are not supposed to happen before marriage.
Kebaikannya, masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Kan?
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya.
Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka?
Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan?
Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?
Hmm... You do? You think.
Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah
(tapi tidak lah begitu indah sebenarnya).
Lalu kita suka.
Ya seperti yg 'ana ckp, sebenarnya itu hanya sangkaan.
Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple'(sebelum nikah) tidak baik untuk kita.
Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan.
Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.
Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Saudari dan saudara, marilah sama-sama kita renungkan.
Belum tentu pasangan kita itu adalah suami/isteri kita.
Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya,
waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah,
semuanya hanya keindahan yang sementara
. HANYA SEMENTARA WAHAI SAHABATKU!
Jika pasangan kita itu ditakdirkan menjadi suami atau isteri kita
keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram.
Jika dulu hampir setiap hari bertemu,
namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu
Segala keindahan ala perkahwinan yang
sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai
sebelum akad termeterai.
Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan
kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Betul kan? Semuanya hambar.
Jemu. Kosong. Bosan.
Sebab kita dah pernah buat semua tu sebelum menjadi yg halal.
Okay!
The conclusion is, serahkan lah hati kita kepada Allah.
Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT.
Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain,
yang mana hati itu juga turut mencintai Allah.
Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta
yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu.
Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.
Yakinlah sahabatku. Yakinlah.
Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga doa Nabi Daud A.S
Ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT
sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta
kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu.
Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan,
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta
yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai,
Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu,
Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh,
Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan
jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai,
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap
cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu."
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda,
"Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud A.S")
Wallahu Ta'ala A'lam
Maaflah bahasa rojak sini sana. Kih kih. Tapi still faham kan? :)
SHARING IS CARING , BANYAK YANG TELAH AKU LAKUKAN DOSA PADA YANG ESA .
KADANG KADANG , AKU ALWAYS TAK CUKUP 5 WAKTU DALAM SOLAT .
MOGA PENDEKATAN INI DAPAT MENGUBAH HIDUP AKU KEARAH YANG LEBIH BAIK . :')
sincerlyMe
AliaWasyifa
|